Monday, June 27, 2011

Penantian Sudah Berakhir

Setelah berbulan-bulan menunggu, akhirnya tiba hari yang sangat mendebarkan.
Debaran itu tidak lain tidak bukan ialah keputusan peperiksaan sem 2. Setelah berjaya melihat keputusan yang sangat menakutkan itu, terbit 2 perasaan yang susah untuk mengawalnya. Barangkali ini ialah kali pertama datangnya perasaan ini. Pertama, perasaan lega kerana dalam keputusan tersebut tidak terdapat kegagalan. Kedua, perasaan takut kerana tidak ada lansung subjek yang memperoleh A menjadikan keputusan kali ini adalah yang paling teruk dalam sejarah kehidupanku. Tetapi ALHAMDULILLAH kepada yang Maha Esa lagi Kuasa kerana memberikan ku segala keperluan, nikmat2, keberkatan dan berjuta-juta peluang walaupun kebanyakannya aku abaikan. Mungkin ini pengajaran bagiku untuk lebih menghargai Allah dan segala pemberiannya. Bagi orang macam aku yang dipenuhi ujian yang tidak masuk akal mungkin agak susah tetapi aku nak cuba dan terus berusaha supaya satu hari nanti aku boleh menjadi hamba Allah yang ok walaupun akan memakan masa bertahun-tahun lamanya. Aku harap supaya untuk sem hadapan aku mampu berjaya dalam kehidupan aku bukan semata-mata peperiksaan. InsyaAllah.

No comments:

Post a Comment